Selamat Datang

Selamat melayari laman blog Unit Perubatan Transfusi HUSM. Untuk info tambahan, sila layari laman web http://www.medic.usm.my/hematology/

Saturday 26 March 2011

SEJARAH

Secara rasmi, unit ini mula beroperasi sepenuhnya pada 16 Januari 1984 dengan kakitangan seramai 13 orang yang diketuai oleh seorang Pegawai Perubatan. Pada 22 Januari 1984, Makmal Tabung Darah mula menawarkan ujian-ujian yang bersangkutan dengan penggunaan darah kepada pesakit dan menghasilkan komponen darah untuk kegunaan transfusi. Selaras dengan perkembangan dalam bidang transfusi, Unit Tabung Darah bukan sahaja membekalkan darah, malah turut memberikan khidmat terapeutik. Maka, Unit Tabung Darah telah ditukar nama kepada Unit Perubatan Transfusi pada 1 Jun 2003.

Kini, Jabatan Hematologi, adalah dibawah pentadbiran Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), manakala Unit Perubatan Transfusi adalah di bawah pentadbiran Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).




Halaman Utama

OBJEKTIF KUALITI UPT




 (BAHAGIAN PENDERMA)

 1- Memastikan proses pendermaan darah biasa tidak melebihi 30 minit

 2- Memastikan proses pendermaan Apheresis tidak melebihi 2 jam 30 minit


 (BAHAGIAN KOMPONEN DARAH)

 3- 80% kualiti produk komponen Platelet Concentrate (pendermaan biasa)
 yang disediakan adalah memuaskan (within range)


(BAHAGIAN SARINGAN DARAH)

 4- Memastikan 100% darah dan komponen darah  yang dikeluarkan kepada pelanggan adalah negatif terhadap  ujian saringan bagi HIV, Hepatitis B, Hepatitis C dan VDRL


 (BAHAGIAN MAKMAL)

 5- Semua permohonan darah yang memberikan keputusan ujian Group Screen and Hold (GSH) negatif dapat dibekalkan dalam masa 15 minit






Halaman Utama

MISI & VISI

Misi


Jabatan Hematologi & Unit Perubatan Transfusi
Bertekad Mencapai Misi Untuk Memberi Keutamaan Kepada
Kecemerlangan dalam Perkhidmatan Pemindahan Darah, Ujian Diagnostik
dan Komited kepada Pendidikan dan Semua Aktiviti Penyebaran Ilmu Kepada Pelajar
 

Visi


Sentiasa Memantap & Mempertingkatkan
Kualiti Semasa Perkhidmatan yang diberikan Kepada
Pesakit, Pelajar, Pendarma Darah & Masyarakat

Kriteria Penderma Darah

       
  1. Umur : 18 tahun-60 tahun (surat kebenaran bertulis dari penjaga/ibubapa adalah suatu kemestian bagi penderma darah berumur kurang 18tahun )  
  2. Jantina : lelaki/perempuan 
  3. Berat : minimum 45kg 
  4. Penampilan keseluruhan : mesti sihat tubuh badan 
  5. Sejarah perubatan : tidak mempunyai sebarang penyakit/ pengambilan sebarang ubat-ubatan dalam masa yang terdekat. Selain itu, penderma seharusnya tidak mempunyai penyakit pendarahan keturunan.
  6. Tidur minima 5 jam
  7. Paras hemoglobin mesti melebihi 12g/dl bagi perempuan dan 13g/dl bagi lelaki.

Tuesday 22 March 2011

PENGENALAN............

Blood Transfusion Unit
Department of Hematology is under the purview of PPSP, while Blood Transfusion Unit (UPT) is under the purview of HUSM, both were Headed and Coordinated by The Head of Hematology Department. Our current Head of Department is Professor Madya Dr. Rosline Hassan.

Department of Hematology is made up of five main specialities:
  1. Hematology Laboratory
  2. Coagulation Laboratory
  3. Immunohematology Laboratory
  4. Blood Bank Serivces
  5. Molecular Laboratory
  6. Stem Cell Laboratory
The department is run by Hematologists, Medical Officer, Science Officer, Medical Laboratory Technologist, Nurses, Laboratory Assistant, Attendents, as well as clerical staff.